Kampung Salak Tidak Lagi Terpencil, Terus Nikmati Arus Pembangunan

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

KUCHING: Kedudukannya yang terpencil kerana terletak di sebuah pulau tidak menghalang Kampung Salak yang terletak dalam kawasan DUN Pantai Damai dari turut menikmati pembangunan seperti perkampungan-perkampungan lain.

Menurut Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam Dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Kampung Salak kini semakin membangun dan telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air termasuk infrastruktur telelomunikasi khas untuk memastikan mereka terus berhubung dengan dunia luar.

Semasa merasmikan Program Pantai Damai Prihatin 2021 di Kampung Salak pada Sabtu, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) itu berkata, pelbagai usaha juga turut dijalankan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di kampung itu seperti inap desa, persiaran laut dan hidangan makanan laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu menambah, masyarakat turut dibantu menerusi Program Pembangunan Rumah Rakyat Miskin (PPRMS) yang melibatkan baik pulih rumah.

Ujarnya lagi, pelbagai program pembangunan terutama melibatkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) akan terus dibangun dan dilaksanakan di kawasan DUN Pantai Damai.-EDISI UKAS

Share

add comment