Operasi Sanitasi Awam Di 11 Rumah Panjang Di Julau

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

JULAU: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bintangor bersama Pejabat Kesihatan Daerah Julau telah melaksanakan operasi sanitasi awam lokasi Epicentre-Active Case Detection (ACD) di 11 rumah panjang di sekitar Julau.

Operasi yang turut dibantu pihak PDRM dan RELA Julau itu diadakan pada Jumaat dengan peralatan digunakan seunit mistblower manual (13 liter), dua unit manual knapsack sprayer (13 liter), seunit manual knapsack sprayer (8 liter) dan 13 liter sodium hypochlorite (tidak termasuk campuran air).

Sanitasi dijalankan di bahagian dalam dan luar rumah panjang dengan jarak antara rumah panjang dalam anggaran 50m-100m dan menggunakan jalan utama yang sama iaitu Jalan Julau-Ng Entabai, Julau.

Senarai 11 rumah panjang terbabit adalah Rumah Runggol Ng Lijan; Rumah Akun Ng Lijan; Rumah Langgan Ng Lijan; Rumah Langgan Ng Lijan (2 unit rumah berasingan); Rumah Easter Ng Urik; Rumah Awin Tg Entawa; Rumah Banyang Ng Lijan; Rumah Mamat Bukit Kemiding, Ng Lijan; Rumah Jali Ng Lijan; Rumah Jitap Ng Lijan dan Rumah Anchong Ng Lijan. – EDISI UKAS

Share

add comment