Perkasa Jentera PBB, Siap Siaga Hadapi PRN12

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  Cawangan Pantai Damai sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Naib Presiden PBB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, jentera PBB  Cawangan Pantai Damai sudah mula diaktifkan sejak awal tahun lepas untuk memperkasakan persiapan menghadapi pilihanraya kali ini.

Jelas beliau, pihaknya telah mengadakan seminar untuk jentera dan randau di 15 pusat tempat mengundi untuk terus memperkasa jentera parti.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman sekali lagi menegaskan, DUN Pantai Damai akan sentiasa kekal sebagai kubu kuat PBB pada PRN akan datang. – EDISI UKAS

Share

add comment