Program Pantai Damai Prihatin, Bantu Golongan Memerlukan

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

KUCHING: Program Pantai Damai Prihatin yang merupakan program baharu memfokuskan kepada pemberian bantuan untuk golongan memerlukan.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penyerahan bantuan kali ini lebih sistematik dengan semua ranting PBB dilibatkan untuk menghantar sumbangan kepada keluarga yang dikenalpasti.

Ujar beliau, pihaknya akan bergerak ke seluruh 43 kampung dan taman perumahan untuk penyerahan bantuan itu.

“Kita sebenarnya sudah menyerahkan bantuan seperti ini sebenarnya sejak Mac tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula,” katanya semasa merasmikan program tersebut di Kampung Salak pada Sabtu.

Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu, bagi penduduk Kampung Salak, bantuan akan diserahkan kepada 108 buah keluarga kampung berkenaan bagi membantu meringankan bebanan keluarga yang memerlukan.-EDISI UKAS

Share

add comment