Program Sesi Urusniaga Barangan Makanan dan Bahan Binaan Secara ‘One Off’ Kerajaan Malaysia Dan Indonesia Berjalan Lancar

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

LAWAS: Kelewatan Program Sesi Urusniaga Barangan Makanan dan Bahan Binaan Secara ‘One Off’ yang diadakan ini adalah disebabkan pelaksanaannya perlu dirujuk kepada kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Indonesia di peringkat atasan.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Malaysia Dato Henry Sum Agong berkata selepas itu apabila telah mendapat persetujuan baharulah ia diturunkan ke peringkat bawahan untuk pelaksanaan seterusnya.

“Walaupun pengurusan secara pentadbiran telah pun diterima oleh Kerajaan Malaysia pada hujung tahun lepas, tetapi pelaksanaannya agak lambat kerana perkara ini perlu dirujuk juga kepada pihak atasan kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Apabila telah mendapat persetujuan, baharulah ianya perlu diturunkan lagi kepada peringkat bawahan untuk dilaksanakan seperti yang dilakukan pada hari ini (Rabu),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Sesi Urusniaga Barangan Makanan dan Bahan Binaan Secara ‘One Off’ di Kampung Punang Kelalan pada baru-baru ini.

Ujar Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas lagi, menjelaskan barangan keperluan yang ada ini tidak lengkap.

“Selepas ini, jika ada permintaan seterusnya mungkin akan dipertimbangkan dan ini memerlukan rundingan seterusnya di peringkat Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia untuk mencapai satu persetujuaan baru,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau yang mewakili Kerajaan Malaysia telah menyerahkan barangan tersebut kepada wakil Kerajaan Indonesia secara simbolik.

Turut sama hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Ketua Jabatan dan agensi kerajaan.

Hadir sama wakil dari Kerajaan Indonesia Danki Satgas Pamtas A.N Lettu Arangga Guruh, Satuan Stagas Pamtas RI-MLY Yonarhanud 16 SBC DIVIF 3, Datim Satgas Bais TNI ,Wilayah Krayan dan Camat Krayan Induk Pak Heberli. -EDISI UKAS

Share

add comment