Sekatan Jalan Raya Diperketatkan, Pengguna Patuhi SOP

SABTU, 13 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan sekitar Sebuyau terus diperketatkan, namun dalam terkawal.

Tinjauan yang dilakukan di Kampung Beliong dan Pengkalan Feri Sebuyau pada Jumaat sempena Tahun Baru Cina mendapati para pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Rata-rata semua penggguna juga amat faham dan jelas tentang pergerakan antara zon adalah tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penting dan mereka yang mendapat kelulusan permit polis.

Mereka juga merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment