4,148 Penduduk Di Sibu Terima Bakul Makanan

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

SIBU: Program Penyerahan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang bersempena PKP 2.0 bagi Bahagian Sibu menyaksikan seramai 4,148 orang menerima bantuan bakul makanan pada Sabtu.

Agihan dilakukan secara pandu lalu kepada penerima bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bantuan ini melibatkan orang perseorangan, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta senarai dari Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) .

Antara penerima bantuan adalah orang perseorangan yang menggunakan kupon, pekerja Farley, Tentera 9 Bridged, Tentera 31 bridged, BEM IMMANUEL Sibu, ITA Kolej, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Persatuan Kebajikan Terabai Menua, Serakup Pemuzik Dayak, Majlis Pembandaran Sibu (SMC) , Pasukan Gerakan Am (PGA), Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) dan Pejabat Kesihatan Bahagian.

Rata-rata penerima menzahirkan ucapan penghargaan dann terima kasih atas  bantuan dan keprihatinan pihak kerajaan membantu rakyat lebih-lebih lagi semasa pelaksanaan semula PKP di kawasan itu.-EDISI UKAS

Share

add comment