Dato Hanifah Hulur 480 Bakul Makanan Untuk Penduduk Sungai Ud, Sungai Ud Hilir

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

MUKAH: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) Dato Hanifah Hajar Taib tampil menghulurkan sumbangan 480 bakul makanan kepada penduduk di Mukah.

Sumbangan beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah diselaraskan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah dan diserahkan kepada Ketua Kampung Sungai Ud dan Sungai Ud Hilir.

Sementara itu, Penghulu Juhan Ilul menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato Hanifah yang telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di situ.

Ujarnya, bantuan tersebut amat bermakna kepada penduduk dalam berdepan dengan situasi pada masa ini.

Dalam perkembangan lain, Residen Mukah merangkap Pengerusi Bencana Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir ketika ditemui berkata, sekatan jalan raya (SJR) di bahagian itu akan tamat pada 16 Februari ini.

Namun ujarnya, keputusan adalah tertakluk berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Mukah baru-baru ini. -EDISI UKAS

Share

add comment