DBNA Hasilkan Video Kesedaran COVID-19 Dalam Empat Dialek Bidayuh

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

KUCHING: Persatuan Nasional Dayak Bidayuh (DBNA) mengambil inisiatif dengan menghasilkan video kesedaran COVID-19 sebagat peringatan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus tersebut.

Disediakan dalam empat dialek utama iaitu Bukar-Sadong, Bidayuh Bau, Biatah dan Salako, video itu dapat ditonton di laman Facebook rasmi DBNA, dan sudah banyak kali dikongsi dalam talian di platform media sosial sejak 13 Februari 2021.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Penasihat DBNA, Dato Sri Michael Manyin Jawong telah melancarka video tersebut selepas Perhimpunan Agung Luar Biasa ke-4 (EGA) DBNA pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berharap, video-video tersebut dapat menyedarkan masyarakat Bidayuh terutama yang berada di kawasan luar bandar untuk lebih mengetahui langkah pencegahan terhadap COVID-19.

Presiden DBNA, Datu Ik Pahon Joyik pula memberitahu, persatuan itu memulakan program kesedaran tersebut kerana banyak kes COVID-19 telah berlaku di dalam komuniti di kampung-kampung termasuk satu kelompok yang dikesan di Bau.

“Kami bekerjasama dengan Bidayuh Council of Elders untuk menghasilkan video tersebut bagi tujuan mengingatkan komuniti kami untuk mengikuti SOP dan supaya mereka lebih mengetahui perkara yang mesti dilakukan dan yang mesti dihindari dalam usaha kita memerangi Covid-19.

“Kami juga sedang membuart perancangan agar video tersebut dapat ditayangkan di TV Sarawak dan klip audionya disiarkan di Bidayuh FM,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment