Feri Baharu Di Rambungan Diharap Atasi Kesesakan Kenderaan Yang Menunggu

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

LUNDU: Prihatin dengan masalah kesesakan kenderaan yang menunggu perkhidmatan Feri Rambungan, kerajaan negeri telah menyediakan sebuah feri baharu yang memiliki kapasiti yang lebih luas.

Difahamkan feri tersebut mampu memuatkan sehingga 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa sekaligus mengurangkan masa para pengguna menunggu di pangkalan Feri Rambungan.

Sementara itu, penduduk setempat merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu kerana sentiasa prihatin dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga Tanjong Datu.

Pembinaan Jambatan Batang Rambungan yang dibiayai oleh kerajaan negeri dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. -EDISI UKAS

Share

add comment