Pejabat Daerah Mukah Anjur Taklimat Program Pelaksanaan Vaksin COVID-19

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

MUKAH: Pengumpulan data penduduk untuk tujuan program pelaksanaan vaksin COVID-19 kini sedang giat dilaksanakan.

Pada Sabtu, taklimat berkenaan telah dianjurkan Pejabat Daerah Mukah dengan kehadiran peserta terdiri daripada kalangan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

Pejabat Daerah Mukah juga mengambil pendekatan untuk turun padang ke lokasi dan kawasan rumah panjang bagi menyampaikan taklimat kepada tuai rumah yang tidak dapat hadir.

Ini termasuk di beberapa buah panjang kawasan Bayan Ulu, Bukit Ambun, Bayan Tasik, Badengan dan Mateding.

Sebelum kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dapat melaksana program penyuntikan vaksin Covid-19, kerajaan perlu memperolehi maklumat penduduk.

Oleh itu, kerajaan negeri Sarawak telah melaksanakan pengumpulan data melalui pejabat Residen Bahagian dan seterusnya dilaksanakan Pejabat Daerah.

Dalam unjuran 2019, Pejabat Daerah Mukah mentadbir 193 buah rumah panjang, 47 buah kampung dan 24 kawasan perumahan.-EDISI UKAS

Share

add comment