Penduduk Lakukan Gotong-Royong Bersih Dewan Kampung Entangor

AHAD, 14 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Entangor pada Ahad  telah menjalankan aktiviti gotong-royong di Dewan Masyarakat Kampung Entangor, Sebuyau di sini.

Program gotong-royong ini merupakan inisiatif JKKK bersama penduduk untuk membersihkan persekitaran kawasan yang kotor akibat banjir baru-baru ini.

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti gotong-royong ini disertai 15 orang sahaja bagi mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP). – EDISI UKAS

Share

add comment