ADUN Bukit Semuja Berkonvoi, Bertemu Rakyat Secara Dekat

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

SERIAN: Bagi mendekati dan menyelami keperluan rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus telah menyertai konvoi bermotosikal Kelab Sukan dan Rekreasi Bukit Semuja (BUSEREC) ke beberapa buah kampung pada Ahad.

Usaha itu adalah bagi meninjau dan melihat sendiri kesan kerosakan yang disebabkan banjir seperti hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan.

Beliau bersama 15 peserta konvoi berkesempatan singgah ke enam kampung iaitu Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Tebakang Melayu, Kampung Sorak Melayu, Kampung Sorak Sumpung dan Kampung Slabi Entukuh.

Semasa ditemubual, beliau memaklumkan akan membuat laporan dan berhubung dengan agensi yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah pasca banjir secepat mungkin.

Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya termasuk penghuni rumah yang tinggal di tebing sungai yang terjejas teruk. -EDISI UKAS

Share

add comment