COVID-19 : 246 Kes Positif Baharu Dikesan, Daerah Lundu Kini Berstatus Jingga

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini memaklumkan terdapat 246 kes positif telah dikesan di sepuluh daerah di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,832 kes.

“Sibu (171), Kapit (22), Julau (21), Samarahan (12), Kuching (8), Bintulu (6), Tatau (2), Miri (2), Dalat (1) dan Bau (1),” katanya dalam sidang media Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Kuching.

Daripada jumlah itu, terdapat penambahan kepada empat (4) kluster daripada 16 yang masih aktif setakat ini, melibatkan Kluster Nanga Lijan Julau, Kluster Tabong Bau, Kluster Rakut Miri dan Kluster Pasai Sibu.

“Kluster Nanga Lijan, Julau terdapat penambahan 21 kes, Kluster Tabong, Bau penambahan 1 kes, Kluster Rakut, Miri penambahan 1 kes, Kluster Pasai, Sibu penambahan 13 kes,” jelasnya.

Justeru, Daerah Lundu telah kembali berstatus Jingga daripada status Merah.

Manakala daerah-daerah yang lain kekal dengan status sedia ada. -EDISI UKAS

Share

add comment