JKM Bahagian Bintulu Agih Bantuan Makanan Kepada 34 KIR IPG Kidurong

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

BINTULU: Seramai 34 Ketua Isi Rumah (KIR) Kuarters Institusi Pendidikan (IPG) Kidurong yang dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan menerima bantuan makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu. 

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Taddy Ajin, bantuan makanan ini adalah untuk tempoh masa dua minggu atau sehingga tamat Perintah Sekatan Pergerakan bermula 11 hingga 24 Februari ini. 

“Ini bagi membantu meringankan beban KIR yang terkesan akibat  Perintah Sekatan Pergerakan ini. 

“Berharap, semua penghuni di kuarters berkenaan sabar dan tetap bertenang dalam mendepani musibah sekali gus mematuhi arahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu,” katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menjalankan pengesanan secara aktif di kawasan terbabit pada hari kedua dan ke sepuluh ke atas seluruh  penghuni kuarters IPG Kidurong. -EDISI UKAS

Share

add comment