Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat UPM Kampus Bintulu

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

KUCHING : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini menerima kunjungan hormat dari Universiti Putra Malaysia (UPM)  Kampus Bintulu, Sarawak.

Rombongan yang diketuai pengarahnya, Prof. Madya Dr Shahrul Razid Sarbini di, Wisma Bapa Malaysia pada Isnin itu bertujuan membincangkan mengenai sumbangan UPM Kampus Bintulu melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan khususnya dalam bidang pertanian dan perhutanan.

Bercakap dengan media selepas kunjungan tersebut, Prof. Madya Dr Shahrul berkata UPM Kampus Bintulu akan dijadikan sebagai Hub Perhutanan di Sarawak.

Dalam pada itu, tambah beliau lagi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari akan memberi suntikan dana kepada para pendidik di UPM Kampus Bintulu bagi menjadikan UPM sebagai pusat pendidikan bahagian perhutanan dan pertanian. –EDISI UKAS

Share

add comment