Pemantauan Pematuhan PKPB Di Sri Aman

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19, pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Sri Aman telah dilaksanakan pada Isnin.

Pemantauan tersebut telah dijalankan di semua premis perniagaan, kilang dan lain-lain premis yang beroperasi sepanjang PKPB.

Semua pekerja yang bertugas dinasihatkan agar sentiasa memakai topeng muka dan setiap kedai perlu memeriksa suhu badan, mengambil nama dan menyediakan pembersih tangan kepada pelanggan.

Dalam pada itu juga, turut dinasihatkan kepada pemilik premis dan orang ramai yang didapati tidak mematuhi garis panduan PKPB yang sedang berkuatkuasa. -EDISI UKAS

Share

add comment