Penduduk Kawasan Medamit Dan Medihit Terputus Hubungan, Jambatan Sungai Setuan Runtuh Akibat Hujan Lebat

ISININ, 15 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Hujan lebat yang berterusan berlaku pada Ahad telah menyebabkan Jambatan Sungai Setuan runtuh. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Long Napir Joshua Asong, insiden tersebut telah menyebabkan jaringan perhubungan kampung tersebut terputus. 

“Jambatan Sungai Setuan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan penduduk di Medamit dan Medihit.

“Akibat jambatan ini runtuh telah menyebabkan akses jalan raya di kawasan ini tidak dapat dilalui kenderaan,” katanya.

Joshua turut memaklumkan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Pejabat Daerah Limbang dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang (JPBB) Limbang supaya tindakan segera dapat dilaksanakan. -EDISI UKAS

Share

add comment