Penduduk Rumah Panjang Bergotong-royong Bersihkan Sungai Kerubong

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

SARIKEI: Penduduk rumah-rumah panjang di kawasan Kerubong memanfaatkan sepenuhnya sumbangan dana daripada ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dengan mengadakan gotong-royong membersih dan memotong ranting-ranting kayu Sungai Kerubong.

Program gotong-royong yang diketuai Tuai Lidang Empati itu diadakan dengan jayanya pada Ahad.

Selain membersihkan kawasan sungai, aktiviti tersebut juga dapat mengerat serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara penduduk di Kerubong.

Sungai merupakan sumber sampingan penduduk untuk mendapatkan hasil sungai seperti ikan dan udang selain bekalan air untuk berkebun.

Tuai-tuai rumah di Kerubong juga kini mengambil inisiatif menghadkan kemasukan orang luar dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, masyarakat di Kerubong mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat yang cukup prihatin dengan isu-isu rakyat. – EDISI UKAS

Share

add comment