Petani Di Kawasan Merah Tidak Perlu Bimbang Akan Hasil Tanaman

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

KUCHING : Berikutan arahan yang tidak membenarkan  Pasar Tani dan Pasar Tamu beroperasi di kawasan yang berstatus merah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu,para petani tidak perlu bimbang akan tanaman mereka.

Hal yang demikian kerana, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Pelandang Tempatan untuk membeli hasil-hasil pertanian mereka, dalam usaha membantu menambah hasil pendapatandisamping meringankan beban mereka.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sidang Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Kuching hari ini. -EDISI UKAS

Share

add comment