Sistem Perparitan Tudan Fasa 2 Dinaik Taraf, Cegah Banjir Kilat

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

MIRI: Kerja-kerja menaik taraf Sistem Perparitan Tudan Fasa 2 sedang dilaksanakan. 

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, projek ini dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir kilat yang berlaku pada bulan Disember tahun lepas. 

“Insiden banjir kilat telah mengakibatkan banyak kawasan di Tudan Fasa 2 ditenggelami air banjir.

“Dengan adanya pelaksanaan sistem perparitan ini dijangka akan dapat membaiki sistem pengairan dan saliran di kawasan Tudan dalam mengatasi kejadian banjir,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan tinjauan Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di Tudan Fasa 2 pada Isnin. 

Dalam perkembangan sama, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga memberitahu selain Tudan Fasa 2, seluruh kawasan Tudan yang lain akan turut dinaik taraf sistem perparitan dalam masa terdekat sebagai langkah drastik untuk mencegah banjir.

Share

add comment