UNIFOR Peruntuk RM1.5 Juta Bina Gereja Bethel BEM Sibu

ISNIN, 15 FEBRUARI 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menyampaikan cek berjumlah RM1.5 juta bagi tujuan pembinaan Gereja Bethel BEM di Sibu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi menerima cek tersebut bagi pihak gereja.

Cek tersebut dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain Sarawak (UNIFOR) dengan Uggah sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas unit berkenaan.

Majlis ringkas penyerahan itu turut disaksikan Setiausaha Politik Alexander, Lidam Assan.

Pada minggu lepas, UNIFOR turut menyerahkan cek berjumlah RM40,000 untuk membaik pulih Gereja St Augustine di Kampong Tebedu dan RM70,000 kepada Gereja St. John’s di Kampung Taee bagi tujuan pemasangan penghawa dingin.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong menerima cek bagi pihak kedua gereja berkenaan. – EDISI UKAS

Share

add comment