SELASA, 16 FEBRUARI 2021
PANTU : Tinjauan pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Sekitar Pekan Sg.Tenggang dan Pekan Pantu pada Isnin mendapati sebanyak 21 buah premis di peringkat pasaraya, kedai runcit,kedai makan,stesen minyak dan lain-lain berjalan seperti biasa dan terkawal.
Dengan pematuhan garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan, tiada pembelian panik berlaku dan semua bekalan barangan keperluan adalah mencukupi.
Selain itu, penandaan harga yang jelas juga dipamerkan di premis dan pasar awam. -EDISI UKAS
Share