265 Pek Makanan Diagihkan Kepada Mangsa Terjejas Banjir Di Penempatan Long Teran, Tinjar

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

TINJAR: Banjir yang melanda penempatan Long Tetan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan jaringan hubungan menuju ke beberapa buah rumah panjang berkenaan terputus. 

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dan dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta kakitangan Pejabat Daerah Beluru telah menghantar bantuan makanan kepada mereka yang terjejas banjir pada Isnin. 

Sebanyak 265 pek bantuan makanan telah dihantar dan diagihkan kepada beberapa penduduk yang tinggal empat kawasan di Long Tetan yang terjejas banjir. 

Antara mereka yang menerima bantuan makanan ini ialah penduduk di Kampung Long Teran Kanan A 64 pek, Kampung Long Teran Kanan B 140 pek, Kampung Long Teran Kiri 28 pek dan Kampung Long Teran Batu 28 pek.

Bantuan makanan sumbangan JKM Bahagian Miri ini amat melegakan penduduk setempat yang terjejas perhubungan sejak beberapa hari akibat banjir. -EDISI UKAS

Share

add comment