ADUN Pantai Damai Saksi Penyerahan Dewan Kampung Gersik

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Selasa menyaksikan majlis penyerahan Dewan Kampung Gersik yang siap dibaik pulih.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Penolong Jurutera Kanan JKR Bahagian Kuching, Sofian Lit dan Ketua Kaum Kampung Gersik, Jaafar Abong.

Kerja-kerja baik pulih dewan tersebut menelan belanja RM200,000 menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP). -EDISI UKAS

Share

add comment