Bomba Hantar Bantuan Makanan Kepada 3 Buah Rumah Panjang Di Julau Dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor telah membantu mengagihkan bantuan makanan kepada tiga buah rumah panjang di Julau yang dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan. 

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor pada Isnin, sebanyak 162 pek bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk di tiga buah rumah panjang di Julau. 

Seramai lima orang anggota Bomba dari BBP Bintangor menggunakan jentera lori bersama lima orang staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei telah menghantar bantuan makanan dengan menggunakan jalan darat. 

Sebanyak 43 pek makanan dihantar ke Rumah Genta, 68 pek makanan Rumah Mamat dan 51 pek makanan ke Rumah Rumggul. -EDISI UKAS

Share

add comment