DBNA Sibu Tampil Sumbang Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

SIBU: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Sibu telah tampil membantu penduduk di Sibu yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

Persatuan tersebut menyumbangkan sebanyak 52 bakul makanan Sarawakku Sayang.

Mereka mengagihkan bantuan itu kepada penduduk di beberapa penempatan termasuk di Sibu Jaya, Kemuyang, Permai dan Teku.

Bantuan turut diberikan kepada penduduk yang menetap di sekitar bandar Sibu. -EDISI UKAS

Share

add comment