Kempen Amalkan Norma Baharu Daerah Marudi Bawa Kesedaran Penjagaan Kebersihan Diri Banteras Penularan COVID-19

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

MARUDI: Kempen Amalkan Norma Baharu bertujuan membawa kesedaran kepada komuniti dan awam tentang kepentingan mengamalkan gaya kehidupan baharu di dalam masyarakat kita.

Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai berkata, ianya juga mendidik orang awam terutamanya yang berkunjung ke Pekan Marudi supaya peka dan tidak lalai dalam melawan pendemik COVID-19. 

“Sebanyak lima kedai telah dipilih untuk acara simbolik penyerahan poster iaitu Pasar Tamu Marudi, Kedai Hock Lok, Kedai Delima Cafe, Kedai Bunga Raya dan Kedai Best Trading. 

“Kebanyakan orang awam dan penduduk Marudi peka dengan amalan norma baharu yang perlu dipatuhi.

“Antara pengisian program tersebut ialah mengedarkan Poster Cara Pelupusan Pelitup Muka Dengan Betul, Poster SOP Kedai Makan, Poster Elakkan 3S dan 3W, dan Fakta Coronavirus. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas melancarkan Kempen Amalkan Norma Baharu Daerah Marudi pada Selasa.

Ujar Edward lagi, kempen seperti ini akan diteruskan untuk mengingatkan orang awam bahawa penyakit COVID-19 masih ada di kalangan masyarakat dan bertanggungjawab untuk memastikan rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan.

Share

add comment