Operasi Sanitasi Awam Diteruskan Di Dewan Suarah Bintulu

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

BINTULU: Keadaan penularan wabak pandemik COVDI-19 yang tidak menentu di Bahagian Bintulu menyebabkan aktiviti sanitasi awam masih diteruskan termasuk di Dewan Suarah Bintulu. 

Menurut Pengurus Dewan Suarah Bintulu, Barin Medan operasi sanitasi awam ini bertujuan untuk memastikan kebersihan dan keselamatan Dewan Suarah Bintulu ini terjamin. 

“Terima kasih di atas kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu yang hadir menjalankan proses sanitasi di Dewan Suarah Bintulu.

“Ini adalah untuk memastikan setiap sudut dan kawasan di dalam Dewan Suarah Bintulu ini terjamin selamat daripada COVID-19,” katanya pada Isnin. 

Dewan Suarah Bintulu merupakan salah satu Pusat Kawalan dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Bintulu. 

Operasi sanitasi awam ini bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang membabitkan tingkat atas, bawah dan sekitar dewan tersebut diketuai Pegawai Bomba Kanan II Stephen Plen bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu. 

Hadir sama dalam operasi tersebut adalah TPgB I Christus Buson. -EDISI UKAS

Share

add comment