Penduduk Lega Projek Baikpulih Jambatan Nanga Entaih Siap

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

JULAU: Penduduk di Nanga Entaih, Julau bergantung kepada jambatan menyeberangi Sungai Entaih kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan baharu telah dibaikpulih sepenuhnya.

Jambatan tersebut penting untuk penduduk menyeberangi Sungai Entaih ke SK Nanga Entaih, Klinik Kesihatan, Sub Stesen Pertanian Nanga Entaih selain menghubungkan jalan raya ke Pakan dan Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin telah meninjau projek jambatan itu yang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 dengan peruntukan sebanyak RM50,000, pada Isnin.

Beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek yang juga disiapkan pada pertengahan bulan Disember 2020, lebih awal daripada jadual sebenar projek iaitu 12 Mac 2021.

Sementara itu, Kaunselor Berinau Dan mewakili penduduk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khususnya Rolland Duat yang prihatin dengan keperluan rakyat termasuk membaikpulih jambatan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment