Peniaga Dan Orang Ramai Diingatkan Patuhi SOP PKPB, Elak Penularan COVID-19

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

MIRI: Peniaga dan orang ramai di Bahagian Miri diingatkan sentiasa patuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sarawak ketika ini. 

Menurut Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat di Bahagian Miri mematuhi SOP PKPB bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibanteras. 

“Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan sentiasa mengadakan pemeriksaan dan pemantauan berterusan berhubung aspek pematuhan SOP PKPB COVID-19 terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai.

“Ini adalah untuk memastikan setiap masyarakat terlibat dalam aspek pematuhan SOP sekaligus membendung penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan Pemantauan di Tamu Kedayan, Tamu Muhibbah dan Pasar Besar Miri pada Selasa. 

Selain mengadakan pemantauan SOP PKPB, Adam turut meninjau Projek Naik Taraf Pasar Besar Miri yang kini sedang dalam proses naik taraf. -EDISI UKAS

Share

add comment