Polis Pantau ECO Mall Samariang Dan E-Mart Tabuan Jaya, Semua Premis Patuh SOP PKPB

SELASA, 16 FEBRUARUI 2021

KUCHING : Pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia pada Isnin, bertempat di ECO Mall Samariang dan E-Mart Tabuan Jaya yang merupakan daerah pentadbiran IPD Kuching.

Pemeriksaan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt. Merbin Lisa bersama tiga pegawai kanan IPD serta beberapa anggota bagi melihat sendiri kesiapsiagaan SOP di setiap premis seperti penyediaan buku kehadiran dan kod QR untuk diimbas, pemeriksaan suhu badan serta penyediaan pencuci tangan.

Rata-rata peniaga mematuhi segala arahan yang ditetapkan dan pihak PDRM berpuas hati dengan semua kerjasama yang diberikan dan berharap agar ia berterusan disamping sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment