Projek RTP Penyelenggaraan Jalan Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar Berjalan Lancar

SELASA, 16 FEBRUARI 2021

JULAU: Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar di Ulu Entaih, Julau berjalan lancar. 

Menurut wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Joshua Gundi, Projek Penyelenggaraan Jalan Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar ini merupakan salah satu dari Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Meluan. 

“Sehingga hari ini, kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar berjalan lancar dan mengikut perancangan. 

“Bagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan cuaca kerana jika hujan kerja-kerja penyelenggaraan terpaksa dihentikan bagi tujuan keselamatan,” katanya, semasa ditemui selepas mengadakan Tinjauan dan Pemeriksaan Aktiviti Penyelengaraan Jalan Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar pada Selasa. 

Jalan ini merupakan penghubung kepada tiga buah rumah panjang di kawasan Julau iaitu Kampung Rumah Meru, Rumah Sumping dan Rumah Umar. -EDISI UKAS

Share

add comment