14 JKKK Di Dalat Terima Peruntukan Khas Perdana Menteri

RABU, 17 FEBRUARI 2021

DALAT: Sebanyak 14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dalat menerima peruntukan khas Perdana Menteri berjumlah RM200,000.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan peruntukan itu bertempat di Pusat Khidmat DUN Dalat dan Kampung Boom Oya pada Selasa.

Peruntukan tersebut akan digunakan bagi membina rumah Philip (OKU) Kampung Tanam Seberang (RM50,000); membina titian belian di Kampung Tanam Proper (RM34,000); menembok kawasan Perkuburan Kristian dan lampu solar Kampung Tanam; menembok kawasan perkuburan Islam Kampung Medong Hilir (RM15,000); naiktaraf ruang surau Kampung Kut Muara (RM10,000) serta menembok kawasan Surau Kampung Medong Seberang (RM10,000).

Selain itu, peruntukan itu juga akan digunakan bagi pemasangan tiga unit lampu solar Kampung Bakong Oya (RM9,000); baik pulih atap rumah Law Chai Wai di belakang Pasar Oya (RM8,000); menyimen jalan untuk kegunaan tiga buah rumah (Pn Ramah) Kampung Bakong Oya (RM8,000); mengecat Surau Darul Ikhlas Kampung Boom (RM8,000); baikpulih atap rumah Rasdi Kampung Kuala Tengah Oya (RM7,000); membina ruang pengurusan jenazah Kampung Terus Oya (RM6,000) dan kegunaan aktiviti JKKK Pasar Kut Muara (RM2,000).

Ketika dtemui, Dato Sri Fatimah memberitahu peruntukan tersebut disalurkan kepada pihaknya melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (ICU).

Beliau juga mengingatkan JKKK untuk menggunakan peruntukan tersebut dengan lebih bertanggungjawab. – EDISI UKAS

Share

add comment