ADUN Murum Tinjau Tapak Projek RTP 2021 Di Tubau

RABU, 17 FEBRUARI 2021

MURUM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai turun padang pada Selasa bersama-sama dengan pasukan Pusat Khidmat Masyarakat untuk memantau dan melawat tapak pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 di kawasan Tubau.

Selain itu, beliau turut melawat beberapa lokasi rumah panjang untuk kerja-kerja anggaran projek RTP 2021 bagi kawasan Tubau.

Senarai projek RTP 2021 di Tubau adalah naiktaraf jalan di hadapan Rumah Budin, Tubau; naiktaraf jalan gravel masuk ke Rumah Kilat Panyau, Tubau; naiktaraf jalan masuk ke Rumah Naga/ Rumah Ding Sandai/Rumah Francis Sekam, Sungai Penyuan, Tubau; bina baru dataran Kejat Konkrit di Rumah Sambang Billy, Tubau dan bina baru Gereja BEM Teranan Rumah Gelayan, Tubau.

Dalam lawatan itu, Kennedy amat berharap semua projek-projek yang dirancang mampu dilaksanakan demi kemudahan, keselesaan serta keperluan penduduk di kawasan Murum khasnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai di kawasan itu agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang yang telah ditetapkan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment