ADUN Repok Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

RABU, 17 FEBRUARI 2021

SARIKEI : Sebuah rumah di Sungai Petai,Sarikei telah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada malam kelmarin, disini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bertindak pantas menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Beliau yang diwakili Kapitan Ling Dien Yong dalam lawatan pada Rabu berharap agar bantuan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban keluarga terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.49 malam kelmarin.

Jelasnya, tiga penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri dan kebakaran ini melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal, 2 tingkat telah musnah sepenuhnya ketika pasukan penyelamat sampai di lokasi kejadian.

Sejurus tiba, pasukan bomba bergegas membuat pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10.17 malam.

Hadir sama dalam lawatan, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Wong Zee Yeng, Kapitan Ham Chee Khim-EDISI UKAS

Share

add comment