Projek Bina Baru Balai Raya Kampung Beliong Hulu Akan Beri Manfaat Kepada Penduduk

RABU, 17 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Projek bina baharu balai raya Kampung Beliong Hulu akan dibangunkan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad,  berkata, projek tersebut dibina menerusi peruntukan RTP sebanyak RM150,000.

Jelas beliau, peruntukan RTP dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Semasa melakukan lawatan ke balai raya tersebut pada Rabu, beliau berharap kemudahan tersebut kelak dapat memudahkan penduduk untuk menganjurkan program dan aktiviti berkaitan kampung. -EDISI UKAS

Share

add comment