Datuk Amar Jaul Tinjau Perkembangan Projek Penambahbaikkan Fasiliti di Wisma Bapa Malaysia

RABU, 17 FEBRUARI 2021

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion telah melakukan tinjauan ke atas Projek Penambahbaikkan Fasiliti di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini.

Projek tersebut kini sedang dalam pembinaan dan dijangka dapat disiapkan pada Mac 2021.

Bangunan baharu itu akan menempatkan beberapa blok termasuk kemudahan pakir berbumbung, tempat pemeriksaan keselamatan, ruang rehat pemandu, selain kantin dan surau.

Datuk Amar Jaul kemudian turut diberi penerangan ringkas mengenai perkembangan projek selain isu berkaitan. -EDISI UKAS

Share

add comment