RABU, 17 FEBRUARI 2021
SEBAUH: Dua buah rumah panjang di Sungai Sigu, iaitu Rumah Panjang Saba dan Rumah Panjang Ugop telah dikenakan Kawalan Sekatan Pergerakan bagi membolehkan Pengesanan Kes Aktif (ACD) diadakan.
Seramai 119 penghuni di kedua-dua buah rumah panjang tersebut telah menjalani ACD yang dilakukan petugas Kesihatan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu pada Selasa.
Ini susulan daripada salah seorang penghuni rumah panjang tersebut telah dikesan positif COVID-19 baru-baru ini selepas melakukan ujian calitan dan telah dikuarantin di pusat kuarantin di Bintulu. -EDISI UKAS
Share