Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar Ditangguhkan

RABU, 17 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar yang dijadualkan pada 18 Februari 2021 adalah ditangguhkan buat sementara.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak pada Selasa, majlis tersebut di tangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Penangguhan ini adalah sebagai langkah awal pencegahan jangkitan penyakit COVID-19 dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share

add comment