Penduduk Rumah Panjang Nanang Sanggau Terima Bantuan Makanan

RABU, 17 FEBRUARI 2021 

TATAU: Pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan di Rumah Panjang Nanang Sanggau, Sungai Senunok, Tatau membolehkan petugas kesihatan melakukan Pengesanan Kes Aktif (ACD) di rumah panjang tersebut. 

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu dengan kerjasama anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah mengagihkan bantuan makanan pada Selasa. 

Sebanyak 18 pek makanan telah diagihkan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) Rumah Panjang Nanang. 

Penyaluran bantuan makanan ini untuk tempoh pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan sekaligus meringankan beban penduduk. -EDISI UKAS

Share

add comment