Sarawak Rekod 780 Tangkapan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Bagi Januari 2021

RABU, 17 FEBRUARI 2021

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 712 kes yang melibatkan 780 tangkapan berkaitan penguatkuasaan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substance bagi tempoh bulan Januari 2021.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato’Sri Fatimah Abdullah berkata, ia adalah hasil daripada 984 operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM; Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Sarawak; dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak.

Ujarnya, operasi tersebut mampu menyekat sebanyak 207,433 kali penggunaan dadah dan substance terlarang dan menyelamatkan 51,786 individu di Sarawak.

“Sebagai rumusan, impak rampasan hasil 984 operasi penguatkuasaan sepanjang bulan Januari 2021 di Sarawak, ia mampu menyekat sebanyak 207,433 kali penggunaan dadah dan bahan terlarang dan menyelamatkan 51,786 individu bagi tempoh sebulan di Sarawak,” Jelasnya dalam sidang media Laporan Bulanan One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Bahan di Kuching pada Rabu.

Sementara itu, bercakap mengenai penularan wabak COVID-19 di dua buah pusat jagaan warga emas di Daerah Sibu, Dato’ Sri Fatimah memberitahu, pengesanan yang dilaksanakan mendapati jangkitan adalah daripada kakitangan yang didapati positif semasa di luar institusi.

Justeru beliau mengingatkan semua pihak di pusat jagaan termasuk penghuninya untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat kerana warga emas merupakan golongan yang berisiko mendapat jangkitan dan kematian COVID-19.

“Jadi ini yang kita ingin ingatkan kepada pusat jagaan warga emas yang lain bahawa pematuhan kepada SOP mesti dilakukan dengan ketat sekali.

“Warga emas tidak dibenarkan keluar daripada tempat mereka sekrang ini dijaga buat sementara waktu dan juga perlu ambil perhatian bahawa para petugas  juga perlu berhati-hati smeasa mereka di luar tempat bertugas dalam komuniti sebab mereka  nanti akan ada kontak dengan warga emas,” Katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment