149 Set Bakul Makanan Diagihkan Dalam Program Bantuan Makanan Sarawakku Sayang

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

SIBU: Sebanyak 149 set bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk kaum Punan di Sibu dalam Program Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada Selasa.

Agihan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Punan (PNA) Cawangan Sibu kepada mereka yang terjejas bagi menampung perbelanjaan harian semasa PKP 2.0 di situ.

Sumbangan diberikan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama seramai 70 orang, fasa kedua 63 orang dan 16 penerima bagi fasa ketiga.

Senarai nama penerima mengikut jumlah mereka yang memerlukan dan dihantar kepada Pejabat Daerah Sibu untuk diagihkan.

Presiden PNA Pusat di Kuching, Daniel Batin dan PNA Cawangan Sibu yang diwakili Agnes Adin, Laing Arip dan Brenda John merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak atas sumbangan bagi membantu mereka yang memerlukan.-EDISI UKAS

Share

add comment