15 PUS Terima Bakul Makanan Daripada ADUN Dalat

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

DALAT: Seramai 15 Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) di Pusat Kuarantin PUS, Kingwood Resort, Mukah telah menerima bantuan makanan dan cecair pencuci tangan pada Khamis.

Ketua Wanita PBB Dalat, Hatiah Spawi mewakili  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Dalat) Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu, sumbangan tersebut bagi memenuhi keperluan PUS sepanjang menjalani tempoh kuarantin di situ.

“Diharapkan mereka untuk terus bersabar dan terus mematuhi arahan petugas di pusat kuarantin” katanya.

Rata-rata penerima merakamkan penghargaan di atas bantuan dan keprihatinan Dato Sri Fatimah yang memahami situasi mereka.-EDISI UKAS

Share

add comment