15 Warga Emas Kampung Maludam Terima Sumbangan

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

PUSA :  Ahli Jawatankuasa Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga bersama Pergerakan Wanita Ranting Maludam telah melawat beberapa warga emas yang memerlukan perhatian di sekitar Kampung Maludam, pada Rabu.

Menerusi lawatan tersebut, sebanyak 15 warga emas telah disampaikan sumbangan berbentuk kerusi roda, pampers, tongkat serta bantuan kewangan.

Sumbangan disampaikan oleh Johnny Golong, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri. -EDISI UKAS

Share

add comment