20 Lokasi Daerah Sri Aman Diperiksa Pematuhan SOP PKPB

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

SRI AMAN : Sebanyak 20 lokasi di daerah ini telah dijalankan pemeriksaan pematuhan garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak berkuasa pada Khamis.

Setiap premis perniagaan mahupun kilang yang beroperasi telah diperiksa bagi memastikan penyediaan alat pengimbas suhu, kod QR MySejahtera dan pencuci tangan sentiasa tersedia untuk pengunjung disamping mengamalkan penggunaan pelitup muka.

Senarai lokasi yang telah diperiksa dan memberikan kerjasama terhadap usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19 adalah, Bintang Elektronic Enterprise, Thai Fatt shoes, Larry Enter Premis, Lon Heng Goldsmiths, Seng Ann Trading, Siang Hua Store, Fu Yong, GKB Jaya Enterprise, Modern Tailor, Hin Cheong Watch, Charles Tailor, Wan Poh Goldsmith, Hong Kong Enterprise, Kedai Ubat Hansen, Pak Li Saound Tape, Hometown Pharmarcy, Leng Seng, Simanggang Borneo Heritage, Seri Bahgia dan Yin Shin Barber.

Pemeriksaan di semua lokasi berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. -EDISI UKAS

Share

add comment