45 Tangki Air Diagihkan Ke Kampung Paya Mebi

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

KUCHING: Penduduk yang menetap di kawasan tinggi di Kampung Paya Mebi di sini menerima bantuan 45 tangki air dari kerajaan Sarawak.

Dalam simbolik penyerahan tangki berkenaan pada Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, berharap dengan adanya tangki tesebut ia dapat membantu dan memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian.

Dalam pada itu, beliau telah menjelaskan keutamaan bantuan tersebut diberikan kepada para pemohon yang belum menerima tangki air sebelum ini.

“Bantuan ini juga untuk para penduduk yang sering terjejas atau terputus bekalan air ke kediaman mereka.

“Saluran paip air yang sedia ada di kampung ini juga sudah lama dan jika Jabatan Air Luar Bandar meningkatkan tekanan tinggi air di kampung ini maka saluran paip air tidak dapat menahan kapasiti tersebut sehingga boleh menyebabkan saluran air cepat rosak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan tangki air tersebut dapat membantu penduduk semasa musim kemarau. -EDISI UKAS

Share

add comment