ADUN Beting Maro Sumbang 1,137 Beg Beras Kepada Kampung Beladin

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

PUSA: Sebanyak 1,137 beg beras telah disumbangkan kepada penduduk di Kampung Beladin, Pusa.

Sumbangan daripada Pusat Khidmat Beting Maro itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor, pada Khamis.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu penduduk kampung yang memerlukan.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang warga emas di Kampung Hulu Beladin, Pusa.

Sementara itu, Razaili mengingatkan penduduk kampung sentiasa mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Terdahulu beliau turut meninjau perkembangan projek menaiktaraf Surau Annur di Kampung Semarang, Pusa.

Projek tersebut menelan belanja RM45,000 merupakan sumbangan daripada Pusat Khidmat Beting Maro.

Di kampung yang sama, beliau juga menyampaikan sumbangan 216 beg beras kepada penduduk.-EDISI UKAS

Share

add comment