JPBB Miri Tinjau Kesesuaian Dewan Dato Permaisuri Miri Sebagai Salah Satu Tempat Pemberian Vaksin

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

MIRI: Menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan diadakan penghujung Februari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi di Bahagian Miri pada Rabu. 

Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shim telah mengetuai rombongan tersebut dengan melawat Dewan Dato Permaisuri Miri yang merupakan salah satu lokasi tempat pemberian vaksin di Miri. 

Tinjauan ini bertujuan melihat kesesuaian dari segi kemudahan lokasi tersebut untuk diadakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini pada Mac nanti. 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Dr. P. Raviwharmman, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong dan jabatan serta agensi kerajaan di bawah JPBB Miri.  -EDISI UKAS

Share

add comment