NGO Bantu Beri Sumbangan Ibu Tunggal dan OKU

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

SIBU: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) konsisten dalam membantu kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Terbaru, pihak Petro Flanges and Fitting Sdn Bhd tampil menyalurkan bantuan keperluan dapur kepada golongan ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) untuk diedarkan oleh Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu.

Ketika ditemui, Pengarah Projek Sarawak, Petro Flanges and Fitting Sdn Bhd, Azizei Fauzi memberitahu, sebanyak 500 set bakul makanan akan diserahkan iaitu 200 bakul kepada penerima di Bahagian Sibu, Kanowit 200 dan Kapit 100 bakul.

“Senarai penerima berpandukan senarai yang akan dilakukan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu,” katanya.

Penyerahan pada Rabu tersebut disampaikan Pengarah Projek Sarawak, Petro Flanges and Fitting Sdn Bhd, Azizei Fauzi mewakili Pengarah Petro Flanges and Fitting Kuala Lumpur, Nur Aiman kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, Jumardi Salim.-EDISI UKAS

Share
0